Kat sini aku nak citer apa yg aku nak citer, tak kisah la pasal apa pun, masa mak aku meninggal, aku tinggal dgn nenek aku yg tinggal di rumah pak sedara aku, maknanya anak nenek aku la, anak sulung dia. Masa tu aku tinggal mcm biasa, cuma rumah terlampau ramai org, jadi kehidupannya agak bersistematik, makan ada time, mandi ada time, main ada time, kalau diminta buat keje apa2 kena buat. Jadi hidup aku selalu ikut perintah, kalau buat salah, satu malaysia dpt tahu, bahawa Mat Che Ngah (Che Ngah tu panggilan utk mak aku) telah buat salah itu ini. Aku mmg jenis manja selalu nangis, masa nangis mulalah ingat pada mak. Segala perbelanjaan semua dipantau, ada satu citer mungkin lawak tapi sedih jgak, masa aku sekolah, kdg2 aku tak suka makan, jadi aku simpan duit dlm poket kecik beg aku, lama2 jadi byk, apabila jadi byk aku bgtau pada nenek aku, yg aku simpan duit ni, dan aku bg pada nenek aku, alih2 nenek aku ambil duit tu bagi pada aku buat belanja sekolah esoknya, dan seterusnya sampai habis. So lepas kejadian tu, aku terus tak simpan duit, bkn krn aku marah, tapi perasaan aku tak mau simpan, sampai skrg aku jadi malas nak simpan duit. Aku tak tahu puncanya, takkan aku nak kata sbb nenek aku, sbb nenek akulah nenek paling best dlm dunia ni.
Masa hidup aku dirumah nenek aku, aku hanya kawan dgn sepupu2 dan anak sepupu aku yg agak sebaya, so jadi hidup aku agak tertutup sikit. Agak tidak berkembang nak buat apa2 pun susah, nak main bola kat padang sekolah tak boleh nak apapun kena permission. Jadi aku takder tambah skill apa2 cuma adik beradik aku ni jenis mudah belajar. So biasa laa dpt no 1. Aku ingat takder apa yg istimewa aku boleh buat, masa aku tinggal dgn nenek aku...
Lepas aku pindah rumah tinggal sekali ngan ayah aku, barulah hidup aku lebih bebas, petang2 selalu main bola kat padang sekolah. Masa tu baru darjah 4, so masa tu laa skill aku bertambah, darjah 5 dah wakil sekolah main bola, tapi biasa jer skill aku. Masa darjah 5 laa aku jadi liar sikit, dah pandai buat jahat sikit2, biasa laa budak2 nak cari identiti, sbb ayah aku tak kisah cara hidup aku mcmana, nak kawan dgn sapa, pandai2 laa pilih. tapi satu jer aku bukan jenis mudah terpengaruh, selalu kawan2 suka mencarut, aku bukan jenis tu. Jadi ayah aku tak risau sangat masa tu. Naik darjah 6 skill tambah lagi, aku jadi aku pancaragam, main alat musik ketuk2 tu, yg bunyi ting...ting...ting. Nama apa ntah aku lupa. Masa tu dpt skill mcm2 dan cikgu musik tu suka aku sbb aku mudah tangkap apa yg diajar. Kalau di tunjuk satu skill main, dlm beberapa saat dah tangkap, biasa laa masa tu dosa pun takder, kecik lagi kan...hehehhe
Antara subjek aku suka masa sekolah rendah adalah matematik, aku dah hafal sifir 4 masa darjah dua, naik darjah 3 sifir 9 dah ingat. Aku ingat masa darjah 6, aku selalu khilaf dgn cikgu Fauzi tu, sbb soalan yg dia bagi tu, dia ambil tempat lain, jadi kalau soalan penyelesaian masalah, maka pemahaman kami berbeza, terutama kalau soalan pasal umur, kdg2 ada beza hari laa jawapan.. mcm2.. selalu cikgu akan suruh aku buat kat depan, kalau ada pertentangan, yg bestnya dia ok.. kdg2 jer dia salah, sbb kdg2 dia lupa tahun tu thn lompat ker apa biasa laa.. aku yg masih takder dosa ni, kecik lagi pick up laa... heheheh tapi byk cikgu tu betul, biasa laa aku ni budak lagi.
penatlah tulis... sambung nanti yek..
Dalam rusuk kiri lelaki
Ada wanita yang mencari
Kasih lelaki pada wanita
Kasih wanita pada lelaki
Jauh beza kasih ibu pada anaknya
Mengapa lupa pada ibu kerdil
Mengandung manusia serba sempurna
Antara kasih dan sayang
Manakan sama kasih ibu pada anaknya
Kerdip mata anak
Jadi hitungan ibu
Sukat pekat udara menerobos rongga anak
Disemak periksa apakah malang nasib menjelma
Alangkah hebat kasih ibu pada anaknya
Susu ibu tidak untuk anaknya
Susu madu pengubat tubuh suci
Titik peluh titik susu
Tidak sama setitik kasih ibu pada anaknya
Kasih ibu itu terhenti
Ketika anak berjalan berlari
Ketika itu anak mencari
Kasih sama ibu seperti
Jangankan merasa
Galang ganti tiada lagi
Siapa boleh mengubat hati anak merana selama
Apakah ada kasih ibu seperti
Mustahil...
Aduh...
Alangkah hebatnya kasih ibu pada anaknya
Kawakib duriyah
8/3/04
B309
UM
- sajak ini saya tujukan untuk emak saya Wan Salamah bt Wan Ahmad yg meninggal pada 16 Mac 1988, al-Fatihah untukmu ibu...
Kasihmu berlalu 16 tahun yang lalu...
Aku selalu citer pasal mak aku, tapi aku tak citer pasal ayah aku. Ayah aku tu dah tua dah skrg berusia 74 thn dah. Mungkin ada sama dgn usia atuk korang semua kan. Tapi itulah ayah aku, ayah aku walaupun tak sama mcm ayah org lain yg selalu bawak pegi jalan-jalan atau berkelah mana2, tapi dia tetap ayah yg best, ayah aku antara ayah yg agak berlainan, dia tak reti tunggang motosikal, selalu bonceng ajer, kereta apatah lagi, sbb tu hidupnya hanya ada basikal dan dua tangkai kakinya yg kuat. Ada sesuatu yg aku konpius dgn ayah aku, dia tak pernah pukul kami adik-beradik, dan aku pun pelik kenapa kami adik beradik boleh jadi baik, sepatutnya jadi jahat laa, sbb ayah aku mana ambil kisah sangat, dgn siapa aku kawan, aku pegi rumah siapa, tapi aku boleh fikir yg aku tak boleh buat jahat. Yang selalu pukul ni arwah mak aku, tapi ayah aku pernah pukul aku dan abg2 dan kakak2 yg lain. Tapi yg peliknya kami adik-beradik semua boleh fikir supaya jgn buat jahat, sikit2 tu adalaa, hingga semua belajar masuk universiti. Mcmana yek, susah nak fikir, nak kata ayah aku buat tuisyen utk aku dan abg2 dan kakak2 aku mana ada, mana dia reti ilmu moden2 skrg, belajar kitab boleh laa. Ayah aku tu ijazah sarjana muda syariah di Universiti kat Indonesia. Kalau tengok sekali imbas, ayah aku biasa jer. Tapi itulah ayah aku. Aku selalu ingat ayah aku, sbb dialah pengganti arwah mak aku, aku nak balas jasa arwah mak aku dah tak boleh, cuma boleh berdoa ajer, ayah akulah tempat aku balas jasa dia, tapi adik-beradik aku selalu pandang serong kata aku ni manja dgn ayah aku, siapa manja, aku hanya nak balas jasa dia, kalau setakat bagi duit baik takyah, ayah aku takder apa nak beli dah. Dia dah rasa semua dah, yg dia mahu hanya layanan anak2 dia yg baik, walau abg2 dan kakak2 aku tidak jahat, tapi mereka kdg tidak begitu ambil berat perasaan ayah aku, kadang2 keluar suara yg kasar jgak yg boleh dikurangkan, tapi tak pikir, org tua2 ni mudah tersentuh hati, kalau keluar suara tinggi sikit, mereka akan mudah merajuk, tapi ayah aku mcm akulah jenis tak ambil hati, buat tak tau ajer. Mmg ayah aku ni jenis tak dengar kata, kdg2 siapa yg tak tahan bengang jgak, biasa laa org tua, kena sabar laa. Sbb itu aku tak cari lagi pasangan hidup aku, sbb aku nak cari yg betul2 sanggup nak jaga ayah aku dan pendai jaga perasaan ayah aku, aku tak kisah siapa.
Malas nak cerita pasal ni, tapi ramai org lupa jasa mak ayah. Kan Nabi saw dah pesan pada kita pada siapa yg patut di dahulukan utk berbuat baik. Ada seorang sahabat bertanya pada Nabi saw, "Pada siapakah dikalangan yg paling rapat utk aku berbuat baik?" Nabi menjawab, "Ibu kamu". Kemudian sahabat itu tanya lagi,"Kemudian siapa?" Nabi saw menjawab, "Ibu kamu" Dia tanya lagi, "Kemudian siapa?" Nabi jawab, "Ibu kamu" Dia tanya lagi, "Kemudian siapa?" Nabi menjawab, "Ayah kamu".
Sbb itu aku selalu buat baik pada ayah aku, kdg2 aku lihat org skrg, lebih utamakan isteri dan anak2 daripada mak ayah, ataupun ayah sendiri, sedangkan jelas dalm hadith itu siapa yg patut kita buat baik, tapi takder siapa yg pikir. Mengapa org kata kita manja pada mak ayah kalau kita selalu buat baik dgn jaga ayah kita, sedangkan itulah tanggungjawab kita. Apa jasa isteri dan anak2 kita kalau nak banding dgn titik peluh ayah kita pergi kerja, siapa boleh nilaikan nilai titik keringat ayah cari rezeki utk kita, siapa berani sukat peluh ayah kita yg entah berapa gelen keluar semata2 utk kita semua... Ada sesiapa pikir...ada ker hah...
Org suka sangat cerita pasal cinta. Apasal dengan cinta, apa yg best sangat tu. Entahlah, semua org ada perasaan, dan cinta itu sebahagian dari perasaan, mengapa cinta sahaja yg dititik beratkan, tidak perasaan takut, perasaan terharu, gembira, sayang, kasih dan sedih. Kalau Rent Descartes suka fikir perasaan ragunya utk mencari kebenaran sesuatu. Bagaimana dia meragui kewujudannya, maka menandakan dirinya wujud sbb bagaimana dia boleh meragui kewujudannya jika dirinya tidak wujud, pening kan... hehehehe
Cinta mmg susah nak tafsir, sbb masing-masing ada perasaan dan pikiran masing-masing. Walauapapun ramai org silap tafsir, sbb masing disamping ada perasaan mereka juga ada nafsu termasuk aku, jadi interpretasinya masing-masing punya hal, sbb tu kalau tanya sesiapa yg couple, kalau awak ada 10 kasih atau cinta, berapa awak nak bagi pada kekasih awak, tentu dia jawab 7,8 paling kurang pun 5. Bagi aku, kasih ngan cinta ni, kalau org nak bagi pada kekasih dia 5 ke 7 ke, diaorang dan salah, sbb mak ayah takkan nak bahagi dua aje daripada 5 tu, abg, kakak, adik, mak sedara, nenek dan lain-lain.
Terukkan org kita, benda mcm tu susah nak pikir, mcm aku jugak, aik mcm ada pengalaman aje. Mana ada...
Hidup kita mmg kena ada cinta, tapi org kita meletakkan cinta pada tempat yg salah, mereka selalu letak cinta pada kekasih dia yg tertinggi, sedangkan cinta pada Allah s.w.t kat mana, pada Nabi s.a.w kat mana nak letak, tu belum masuk pada mak ayah, adik beradik, sedara mara dan sahabat-sahabat baik. Mengapa sahabat masuk senarai jugak, sbb sebelum kita kenal kekasih kita atau pasangan kita, kita kenal siapa dulu, tentu kawan dan sahabat-sahabat kita kan, entah diaorang yg tolong kita cari kekasih kita tu kan...
Ni aku cakap ni sbb ramai kawan-kawan aku yg salah tafsir apabila dah ada pasangan masing-masing, perletakan cintanya berubah, mcmana nak kata...bersambung
Aku mcmana nak kata, sejak kecik lagi mcm-mcm berlaku benda pelik2 pada aku, masa kecik mak aku meninggal, dan masa tu aku tak menangis pun walau setitik, sedangkan waktu tu aku tahu mak aku telah meninggal, dan aku tahu, selepas tu siapa lagi yg nak buat air milo utk aku, siapa yg nak garu belakang aku kalau gatal, siapa nak cubit paha aku bila nakal.
Tapi setitik pun aku tak nangis, aku tak tahu. Tapi org yg lalu lalang dekat aku pulak yg nangis bila tengok aku yg sedang galas beg mickey mouse aku yg ada beberapa helai kain dan buku ABC. Semua sedara-mara berebut nak jaga aku. Aku tak tahu nak buat apa, aku kecik lagi, 6 tahun masa tu.
Mlm masa mak meninggal, org ramai giler, mcm ada pesta buku pulak rumah pak sedara aku tu. Siapa tak kenal mak aku, selain penceramah politik, mak aku juga tukang mandi jenazah kampung aku, semua org kenal, Wan Salamah mak aku.
Lepas tu, aku tinggal di rumah pak sedara aku, bersama dgn nenek aku yg aku panggil Tok. Masa tu aku cuma tahu ikut arahan aje, kalau suruh makan, aku makan, kalau suruh membaca atau study aku buat, suruh buat tu aku buat. Maklumlah menumpang rumah org kena pandai hidup.
Ada satu kisah pelik sampai skrg aku pening sampai skrg dan menjadi misteri, masa aku first time aku pegi solat Jumaat di masjid Kampung Padang Luas, masa tinggal rumah pak sedara aku tu, lepas abis solat jumaat, aku lepak jap sambil tengok org keluar masjid, tetiba datang seorang lelaki agak muda memakai jubah hijau, mukanya berjanggut sikit dan tasbih di tangannya, datang dekat aku dan mencium pipi aku. Aku yg dah biasa dicium oleh mak-mak sedara aku, anggap itu perkara biasa org tua-tua cium budak2, tapi masalahnya dia siapa nak cium aku. Agak-agaknya siapa yek... skrg aku masih menunggu org itu kut2 dia datang lagi...
Masa itu emas, itu akan keluar dari mulut kita apabila sebut pasal masa. Ramai dari kalangan kita yg tak jaga masa dia, termasuk aku yg tunggang langgang. Ada pernah fikir, mengapa Allah s.w.t jadikan masa utk kita. Atau ada yg fikir masa itu terjadi dengan sendiri, masa juga makhluk ciptaan Allah s.w.t. ia memang boleh dirasa pergerakannya tapi tidak boleh dilihat, dibau dan dirasa dgn lidah. Jadi mcmana masa itu, masa adalah satu makhluk ciptaan Allah s.w.t yg diciptakan untuk manusia merasai kewujudan-Nya. Masa adalah satu sistem peraturan dunia yg Allah s.w.t jadikan kepada manusia untuk mengetahui sejauhman manusia mengurus masa itu.
Bagaimana maksud masa itu, masa adalah satu set perubahan-perubahan yg berlaku dalam satu-satu peristiwa. Jika anda kata peristiwa malam, maka ia akan bermula selepas terbenam matahari dan anda akan lihat bulan dan bintang-bintang berkelip, dan bulan akan bergerak ke ufuk barat, dan akan terbit matahari pula. Jika anda menunggu dan memerhati anda akan merasai pergerakan masa itu tanpa melihat jam. Bagaimana hebat masa ciptaan Allah s.w.t. Adakah kita mahu berkata ia tiada kena mengena dgn kita, siapa kita mahu berkata demikian. Kita sedang tidur kita sedang berada dalam masa. Masa itu adalah sistem Allah s.w.t ciptakan utk kita. Mana mahu lari…?
Jika anda berjalan dan berlari, maka anda sedang menggunakan masa, masa memang pasangan kepada ruang dan gerak. Jika anda keluar dari bilik anda, anda telah memakan masa beberapa saat kerana anda bergerak. Jika anda duduk tetap, degup jantung anda adalah perubahan-perubahan yg berlaku dan ia berlaku dengan masa. Mana mahu lari…?
Yakinilah kita hanya hamba Allah s.w.t yg hanya mahu melihat kita berjaya mengharungi sistem yg Dia ciptakan, Dia bukan berniat main-main dan sia-sia, apalah guna jika Dia jadikan semua itu sia-sia belaka.
Allah s.w.t yg kita fikirkan selalu mmg tidak boleh difikirkan dengan sekeping akal kita. Persoalan timbul mengapa Allah s.w.t tidak benda lain atau orang lain atau apa saja? Jika selain Allah s.w.t yang mahu dijadikan sebagai Tuhan, apa dia? Jika selain dari Allah s.w.t itu berada di dalam khayalan pemikiran kita maka ia tidak layak menjadi Tuhan. Apa kehebatan sesuatu itu yang boleh dijadikan tuhan sedangkan ia boleh ditanggap oleh akal fikiran kita sebagai manusia.
Jadi Allah s.w.t itu bagaimana keadaanNya? Nabi pernah berpesan “Berfikirlah pada makhluk (kejadian yg diciptakan Allah s.w.t), jgnlah berfikir pada Pencipta (Allah s.w.t)” Jadi mcmana nak kenal Allah s.w.t? Bagaimana? Sesungguhnya Allah s.w.t yg kita yakini dan imani itu tidak boleh ditanggap oleh akal kerdil kita, dimanakah kelayakan Allah s.w.t sebagai Tuhan jika Dia boleh ditanggap oleh akal manusia yg hanya boleh memuatkan beberapa kerat ilmu jika mahu dibandingkan ilmu Allah s.w.t. Maknanya Allah s.w.t tidak boleh ditanggap atau difikirkan oleh akal kita, jika mahu mengenali-Nya hanyalah dengan panduan kitab yg mengandungi kata-kata-Nya, iaitu Al-Quran. Betul ke? Ya, semua nama Allah s.w.t yg kita hafal dalam Asma al-Husna, semua itu terdapat di dalam Al-Quran. Makna kita takkan mengenali Allah s.w.t jika kitab Al-Quran tidak diturunkan kepada kita.
Anda pasti pernah membaca Al-Quran adakah anda memahami setiap patah ayat Al-Quran walaupun anda boleh berbahasa Arab? Sudah tentu tidak bukan? Tentu memerlukan seseorang utk membantu. Maka Allah s.w.t mengutus seorang manusia yg sama dgn kita yg lahir dari rahim ibunya juga. Muhammad bin Abdullah s.a.w dialah yg mengajar kita semua mengenai Allah s.w.t. Tapi kemampuan kita sebagai manusia tetap manusia, dimana kemampuan kita utk mengenali Allah s.w.t secara keseluruhan dgn akal kita semata, dan penjelasan Allah s.w.t di dalam Al-Quran adalah mencukupi kemampuan kita sbg manusia. Anda mahu lebih dari itu, maknanya anda cuba menjadi bukan manusia. Jadi apa yg harus kita lakukan, kita disuruh mentaati perintah-Nya. Mengapa mesti taat, tak boleh ke kalau tak buat? Ya, memang tidak boleh utk melawan perintah-Nya, kerana kita bukan dilahirkan oleh-Nya, tapi kita diciptakan-Nya. Anda tidak mahu mengaku anda diciptakan oleh-Nya. Jadi siapa yg menciptakan anda, siapa? Mak ayah anda? Kalau begitu boleh minta mereka lahirkan satu anak kembar untuk anda. Atau anda terjadi dengan sendiri yakni anda mencipta diri anda sendiri, kalau begitu ciptakan seorang lagi anda.
Apabila sebut Allah swt, semua org fikir sifat 20 kan. Kita mmg mcm tu, tak suka mencari mengapa mesti ada Tuhan atau mengapa mesti ada Allah swt, apakah kita kena ada Tuhan baru boleh hidup. Selalunya kata-kata mcm ni terkeluar dari org free thinker yg bengap, selalu org fikir mcm ni. Dia tak kenal dia datang dari mana, dia tak mahu tahu dia datang dari mana, dlm Surah Al-Insan, Allah bgtau kita hanya dari Air Mani yg terpancar saje, betapa hina. Kalau keluar air kencing, kita hanya perlu istinjak basuh tempat keluar air kencing itu aje, tetapi kalau keluar air mani, bkn setakat tempat keluarnya ajer, bahkan seluruh tubuh, tidakkah kita semua ni hina di sisi Allah swt. Tapi kita tak sedar, kita selalu fikir yg kita ni hebat. Kemudian ada perasaan nak lawan perintahnya. Mula fikir yg kita boleh hidup berseorangan, mula fikir dgn ilmu yg ada rasa megah mula masuk dlm diri kita. Jgn fikir org lain, fikir kita sudahlah... ramai org mahu mengubah dunia, tapi tak ramai yg mahu mengubah diri sendiri, termasuk aku...
Hidup sudah lama berlalu, mcm-mcm berlaku dlm hidup, antara memori aku yg pertama, adalah ketika aku berumur lebih kurang 2 atau 2 setengah tahun, ketika tu, aku sedang menghisap susu mak aku, aku mmg lambat bercerai susu, maklum laa anak bongsu. Ketika tengah minum susu di depan pintu rumah aku kat Kg Padang Luas, kemudian mak aku bangun pergi tegur anak2 jiran sebelah, sbb bising aku nak tidur, aku tak tahu apa berlaku lepas tu, munngkin sbb aku tidur kut. Mengapa Allah kekalkan memori itu dlm kotak fikiran aku, aku sendiri tidak mengerti, mengapa ia terjadi. Memori kedua adalah sewaktu pilihan raya sblm thn 1990, umah aku digunakan tempat buat poster, tak tahu camner aku ingat dan kenapa...
Tapi kenangan bersama mak aku mmg takkan lupa, byk kenangan yg berlalu. Namun ianya sudah berlalu 16 tahun lalu. Mak mmg penting dlm hidup aku, walau aku sempat kenal dlm masa 6 thn aje. Mcmana nak explain.. susah nak digambarkan dgn kata-kata, bahawa mak adalah org yg penting dlm hidup kita. Sayangilah mak kita...
Mesti ada tertanya-tanya, mengapa guna nama kawakib_duriyah. Kawakib Duriyah adalah satu nama kitab Nahu bahasa Arab atau kitab grammar bahasa Arablah. Kitab ni aky=u kenal masa aku belajar di semester kedua di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan. Pada Semester pertama guna kitab Nahu Wafi, susah nak mampus, kemudian tukar ke kitab Kawakib Duriyah, Ust yg mengajar kitab ni, Ust Mohd Ghazali, mmg terer, dia hafal semua ayat dlm tu.
Apa Makna Kawakib Duriyah ni?
Kawakib itu adalah lafaz jamak atau plural dari perkataan Kaukab, yg membawa maksud bintang, jika guna kawakib maknanya bintang-bintanglah. Duriyah adalah bacaannya kena baca mcm ni, Durriyyah, saja aku eja mcm tu malas nak taip byk-byk, maknanya bercahaya @ berkelipan @ begemerlapan. Jadi Kawakib Duriyah membawa maksud "Bintang-bintang Bergemerlapan".
Sudah sekian lama, aku mahu sesuatu utk memuntahkan sesuatu yg terbuku dlm tempurung fikiranku, tapi apa benda yg mahu dimuntahkan, adakah sisa-sisa makanan yg telah ku makan, atau ilmu yg menyendatkan kepala otakku, atau aku hanya nak termuntah angin yg mengelegak dlm perutku,..... apa aku merapek ni.. apa sajalah.

